Friday, April 3, 2009

Untuk tatapan keluarga..

Alhamdulillah...

berkat doa dan restu mama ngan ayah, along berjaya akhirnya nak dapat ijazah sarjana doktor perubatan. Bagai mimpi.. tu je yang boleh aku cakapkan... Along tak pernah jangka, kini aku bakal bergelar graduan, tak lama lagi aku akan menapak ke atas pentas, menerima segulung scroll ijazah, Along bakal masuk ke GRADUATION DAY...

selama nih, along terbayang-bayang hari graduan berkumpul, bergembira dengan ijazah mereka, berkongsi ceria bersama kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai... ada yang bersama orang tersayang...

Along harap, hidup along ini akan sentiasa dipenuhi dengan perkara bermanfaat, dan along akan sentiasa menimba ilmu pengetahuan yang barguna dan yang dapat dimanfaatkan untuk kebaikan masyarakat.

buat adik-adik along...
kejayaan bukan datang kerana kita IQ kita tinggi, atau sebab kita bijak
bukan juga datang sebab kita berusaha keras..
kejayaan datang sebab kita sentiasa mengambil pengajaran dari kesilapan lalu, dan berusaha untuk mengubah kesalahan itu.
kejayaan datang dengan restu Allah, dan doa ibu bapa, serta doa kita sehari-hari
kejayaan datang dengan niat kita yang ikhlas menuntut ilmu/ melakukan kerja hanya kerana allah
dan kejayaan datang dan pasti akan datang sekiranya kita menjaga solat...

semoga, kita sentiasa dilindungi Allah oleh anasir-anasir jahat, dan perkara yang boleh merosakkan hubungan keluarga dan merosakkan akidah kita. Insyaallah...

No comments:

FEEDJIT Live Traffic Feed